Posted on Tuesday, September 14 @ 17:24:50 PDT
Masih lagi berita imbasan tentang kes kehilangan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya, berita terkini melaporkan Sosilawati ada membeli kuih hari raya untuk pekerjanya di Banting.
Datuk Sosilawati Lawiya dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting di sini untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma sebelum dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.
Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise, kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu Khamis lalu.
Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.

"Dari perbualan saya dengan Datuk (Sosilawati) ada beritahu kuih itu untuk kakitangannya, saya berbual kerana sebagai pekerja saya melayan Datuk selaku pelanggan.
"Lebih-lebih lagi saya pengguna produk kecantikan yang diasaskan Datuk iaitu Nouvelle Visages," katanya yang menambah Sosilawati memakai baju warna merah jambu dan seluar jenis legging hitam ketika datang ke kedai itu.
Ina berkata, dalam perbualan itu, Sosilawati hanya memaklumkan beliau ada urusan perniagaan di pekan Banting.
Katanya, Sosilawati dan lelaki yang dipercayai peguamnya itu beredar dari kedai berkenaan dua jam kemudian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan