Ahad, 19 September 2010

Kes Sosilawati: Cari bukti jelas yakinkan mahkamah, kata Najib

Kes Sosilawati: Cari bukti jelas yakinkan mahkamah, kata Najib
September 16, 2010


Ismail menyifatkan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi sebagai sudah diselesaikan.— Gambar oleh Choo Choy MaySANDAKAN, 16 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.

Sambil menyampaikan ucapan syabas dan tahniahya kepada PDRM, beliau mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

“Ini satu kejayaan (pihak polis) yang begitu memberangsangkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana dapat bertindak cepat, pantas dan dapat membongkar mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan mangsa tersebut.

“Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan