Isnin, 20 September 2010

Kes tembak tiada kaitan

KUALA LUMPUR: Siasatan kes Ketua Pemuda MIC Kajang, A Kalaiarasu, 49, yang cedera ditembak di kedai kopi di Jalan Datuk Harun, Kajang mendapati ia tiada kaitan dengan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) ketika dihubungi menafikan kejadian Kalairasu ditembak ada kaitan dengan suspek yang terbabit dengan kes Datuk Sosilawati Lawiya. “Siasatan berhubung kejadian itu masih dalam siasatan. Sehingga ini, polis masih menyiasat motif tembakan itu dan mengikut siasatan awal ia juga tiada kaitan dengan kedudukan politik mangsa,” katanya. Ketika ditanya kemungkinan suspek sama dengan kes pembunuhan Sosilawati, beliau menafikan dakwaan itu selain enggan mengulas lanjut. “Biar polis siasat dulu kes ini (kes tembak) sehingga selesai. Jangan menimbulkan sebarang spekulasi kerana ia akan menghuru-hara keadaan dan mengganggu siasatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan