Isnin, 20 September 2010

Sikap dermawan wajar dicontohi

2010/09/20



KUALA LUMPUR: “Pemergiannya satu kehilangan besar kepada masyarakat, harap sikap dermawan dimiliki Datuk Sosilawati Lawiya bakal ada pengganti,” kata Ketua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), Prof Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim.
Menurutnya, sikap prihatin yang dimiliki jutawan kosmetik berusia 47 tahun itu terhadap anak yatim dan orang kurang bernasib baik wajar dicontohi golongan berjaya lain.
“Tidak dinafikan kejadian berlaku ke atas Sosilawati sangat memeranjatkan termasuk tiga lagi rakannya yang turut menerima nasib sama.

“Pemergian mungkin sangat dirasai terutama keluarga termasuk anak yatim yang pernah menerima bantuan beliau,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, individu yang dikategorikan jutawan dan berjaya perlu memiliki sikap dermawan seperti Sosilawati supaya kebajikan anak yatim terbela selain membantu kerajaan memainkan peranan terbabit.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai sikap dermawan Sosilawati yang menderma RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan