2010/09/20
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd Zahid Md Arip mendakwa dia mempunyai maklumat sahih daripada beberapa sumber mengatakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ahli seumur hidup DAP.
Bekas exco Pemuda PKR itu berkata, walaupun DAP cuba menafikan dakwaannya, parti itu tidak mempunyai masalah memadam nama keahlian suspek selepas pendedahan dibuatnya.
“Mereka mempunyai senarai keahlian di pejabat dan ia boleh dipadam dalam masa satu atau dua minit, jadi sudah tentu mereka boleh menafikannya.
“Sekarang mereka membuat laporan polis terhadap saya dan saya tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Serbaguna, Parlimen, di sini, semalam.
Mohd Zahid turut meminta DAP ‘mencermin’ diri mereka dulu sebelum meminta dia berlapang dada dan menyerahkan kepada polis menyiasat kes pembunuhan kejam itu.
“Kenapa sebelum ini mereka tidak tunjukkan sikap itu ketika kes kematian (Setiausaha Politik Exco Selangor) Teoh Beng Hock dan (tahanan polis) A Kugan malah mendahului serta mengganggu siasatan polis malah membuat pelbagai tuduhan,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan