21/9/2010
KUALA LUMPUR: Polis sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, kertas siasatan itu kini di peringkat akhir dan akan dihantar ke pejabat peguam negara selewat-lewatnya minggu depan.“Kita di peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan termasuk laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui identiti mangsa.
“Keputusan DNA juga akan diketahui keputusannya selewat-lewatnya minggu ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka JSJ Bukit Aman di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kematian rakan mangsa di Pulau Pinang Sabtu lalu, tiada kaitan dengan kes kematian Sosilawati.
Bakri berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.
Menurut beliau, sehingga hari ini, hanya lapan suspek direman pihaknya berkaitan kes pembunuhan ini, manakala dua individu lagi berkaitan kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang awal tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang hadir pada majlis berkenaan mengucapkan ribuan ucapan tahniah kepada pegawai dan anggota yang terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan