21/9/2010
BANTING: Polis menafikan dakwaan pemilik Soon Beng Trading, Lim Soon Beng, 40, yang mengusahakan tanaman longan berhubung kerugian ribuan ringgit dialaminya berpunca daripada kawasan itu ditutup oleh pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata polis sentiasa membuka laluan kepada pengusaha haiwan peliharaan dan pertanian lain yang terdapat dalam Ladang Gadong itu untuk menjalankan aktiviti harian mereka. “Kami tak boleh halang kerana mereka ada kepentingan di kawasan itu dan laluan bukan hanya digunakan pemilik longan itu saja malah turut digunakan oleh pengusaha dan pekerja ladang yang lain. “Polis hanya mengawal pintu masuk ladang milik suspek utama pembunuhan saja,” katanya ketika ditemui selepas melawat ladang itu di sini, semalam. Mulai semalam, laluan masuk ke kawasan Ladang Gadong dibuka sepenuhnya dan polis hanya mengawal di beberapa laluan yang ada kaitan dengan kes pembunuhan itu saja.Nordin berkata, dakwaan peniaga itu mengalami kerugian ribuan ringgit juga tidak benar kerana ketika peniaga itu ditemui dia mengakui ladangnya masih tiada longan untuk dikeluarkan kerana di luar musim. “Pada Sabtu lalu pun, tiga bas persiaran tetap dibenarkan masuk ke ladangnya dan cuma beberapa hari ditutup kepada orang awam sebab memberi laluan kepada pihak forensik membuat siasatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan