Kes Sosilawati: Tiada unsur perkauman kata Ismail Omar
September 16, 2010BANTING, 16 Sept — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.
Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa, katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.
Pada sesi dialog itu beliau berkata siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.
Beliau berkata masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.
Eddie : Inilah masalahnya bila hak pendakwaan hanya boleh dilakukan oleh seorang manusia yang bergelar Peguam Negara. Peguam Negara pula terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh orang politik yang bernama Najib Razak selaku Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan