2 suspek ugut isteri jutawan India direman
Saturday, September 18 @ 05:31:12 PDT
SHAH ALAM: Dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India, Allal Kathan Muturaja, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini.
Majistret Hurman Hussain, membenarkan permohonan polis untuk menahan reman kedua-dua suspek yang disyaki mengugut isteri jutawan itu, S Usharani, 24, bagi membantu siasatan
Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Litar di Sepang, kira-kira jam 9 pagi semalam sebelum perintah reman itu dikeluarkan kira-kira jam 10 pagi.
Mereka disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani, juga warga India, bagi memperoleh wang pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta bagi membebaskan Allal, 34. - BH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan