Isnin, 20 September 2010

Siasat pelbagai sudut

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terhadap kejadian kematian rakan baik Datuk Sosilawati Lawiya, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut bukan hanya menumpukan kepada satu aspek saja. 

“Apa yang kita dengar, kita akan siasat. Bukan satu sudut saja sebaliknya kita lihat semua sudut,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Serbaguna, Parlimen di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan