Tertuduh Ahli DAP : Laporan Polis Ke Atas Pembohongan Utusan
Sep 17, 10 4:55pm
Kongsi 21DAP hari ini membuat laporan polis ke atas akhbar harian Utusan Malaysia dan bekas pemimpin pemuda PKR kerana cuba mengaitkan pembunuhan jutawan kosmestik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan ahli parti itu.
ADUN Komtar Ng Wei Aik (kanan) yang memfailkan aduan itu di ibu pejabat polis Jalan Patani berkata dakwaan dan laporan yang dibuat oleh naib ketua pemuda PKR Mohd Zahid Md Arip dan Utusan adalah “tanpa asas dan bertujuan memburuk-burukkan DAP”.
"Suspek itu tidak pernah menjadi ahli DAP, apa lagi menjadi ahli seumur hidup,” kata Ng kepada pemberita. Katanya, sesetengah pihak cuba menjadikan pembunuhan itu sebagai isu perkauman di negara ini.
Ng, yang juga setiausaha pemuda DAP Pulau Pinang mendesak polis menyiasat akhbar itu dan Mohd Zaid yang meninggalkan PKR pada tahun 2006 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi memfitnah membawa hukuamn maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan