Sabtu, 9 Oktober 2010

Bunuh Shafik: 3 ditahan semula

SHAFIK


KUALA LUMPUR – Polis menahan semula tiga individu termasuk dua beradik peguam yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Penahanan kedua-dua lelaki itu termasuk peguam K. Patmanaban dibuat bagi membantu siasatan kes pembunuhan ahli perniagaan dari Kedah, Mohd. Shafik Abdullah dan seorang rakannya.
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan semula tiga individu terbabit bagi membantu siasatan berhubung laporan kehilangan Shafik dan rakannya yang juga dipercayai telah dibunuh.
“Dua beradik peguam itu dan seorang lagi individu yang remannya dilanjutkan minggu lalu hari ini ditahan semula,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, buat masa ini permohonan reman terhadap tiga individu itu belum diketahui kerana ia bergantung kepada keperluan siasatan.
Hadi memberitahu, laporan mengenai kehilangan Shafik dan rakannya dibuat oleh keluarga ahli perniagaan itu di Balai Polis Petaling pada 13 April lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan