2010/10/05
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang saksi wanita yang dipercayai dapat membantu polis bagi merungkai kes bunuh dan bakar membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, wanita berkenaan, Jesyntha Clarene, 27, beralamat di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting.
“Kita percaya wanita itu dapat membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan Sosilawati,” kata kenyataan itu semalam.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi berkenaan diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat di talian 010-4203791 atau balai polis berhampiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan