2 peguam, 3 individu ditangkap semula
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2010/10/08
PEKERJA memunggah ratusan fail yang dikeluarkan dari pejabat peguam yang disiasat dalam kes pembunuhan Sosilawati, di Jalan Alam Shah berhadapan IPD Kuala Langat, Banting, semalam.
KUALA LUMPUR: Dua peguam adik beradik yang juga suspek utama dan seorang rakan mereka yang disiasat berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditangkap semula selepas dibebaskan apabila tempoh tahanan reman mereka selama tujuh hari tamat semalam.
Difahamkan, mereka ditangkap semula bagi membantu siasatan kes Shafik Abdullah, 37, seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarga mereka sejak lima bulan lalu, selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan.Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho, berkata polis akan mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek bergantung kepada keperluan siasatan.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman jam 11.45 pagi, semalam Hadi mengesahkan peguam terbabit, adiknya dan seorang lagi suspek ditangkap semula bersabit kes bunuh dua ahli perniagaan berkenaan.
“Siasatan akan dilakukan secara terperinci berdasarkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur pada 13 April lalu,” katanya.
Sebelum ini ketiga-tiga suspek ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 44.
Sebaik tempoh reman terhadap mereka tamat pada 25 September lalu, mereka ditangkap semula di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Selangor bagi membantu siasatan kes bunuh ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu dan dipercayai dibunuh.
Shafik dan rakan baiknya itu dilaporkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan Sosilawati, April lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan