2010/10/05
BANTING: Dua suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibawa sekali lagi ke lokasi kejadian di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, semalam, dengan menaiki van polis.Ketika di lokasi kejadian, dua suspek berkenaan yang diiringi beberapa anggota polis berpakaian preman dilihat memasuki kawasan berkenaan sebelum beredar pada jam 5.17 petang.
Turut kelihatan memasuki kawasan ladang itu bersama van yang dinaiki suspek ialah sebuah kereta Volvo yang dipercayai membawa pegawai penyiasat polis bagi mendapatkan lebih banyak bukti dan maklumat berkaitan kes terbabit.
Kedua-dua suspek yang dibawa ke ladang berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbaru yang disiasat iaitu misteri kehilangan ahli perniagaan dari Teluk Bunut, Banting, S Anpalagan yang dilihat ada persamaan dengan kes bunuh Sosilawati.
Selain kes bunuh jutawan berkenaan, kes itu juga turut mempunyai persamaan dengan kes kehilangan jutawan permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja pada Januari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan