Selasa, 5 Oktober 2010

Tunggu DNA

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain belum selesai berikutan polis masih menunggu keputusan lengkap hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dari makmal kimia bagi mengenal pasti identiti individu yang dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, di sini 30 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya masih menyiapkan kertas siasatan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan meminta masyarakat bersabar.

“Siasatan kes ini tidak mungkin siap dalam masa terdekat. Masih banyak yang perlu kami (polis) lengkapkan. Beri ruang kepada polis untuk melakukan tugas.

“Dakwaan kertas siasatan kes pembunuhan itu dapat disiapkan dalam tempoh terdekat tidak tepat. Saya sendiri belum mengetahui tarikh sebenar ia akan dilengkapkan berikutan banyak prosedur yang perlu dilalui,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan