BATU PAHAT: “Kami tidak mahu mendesak polis menjalankan siasatan dan kami yakin dengan kebolehan polis, cuma kalau boleh bagilah kepastian secepat mungkin sama ada cebisan tulang dan abu yang ditemui di Banting itu, milik Kak Wati atau bukan.
“Kalau betul ia milik Kak Wati, tunjukkan bukti supaya keluarga tidak tertunggu-tunggu dan sekiranya bukan, di manakah dia sekarang kerana dia sudah hilang sejak 37 hari lalu,” kata Rosnani Lawiya, 45, adik kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh bersama tiga mangsa Ramadan lalu.Rosnani berkata, mereka sekeluarga masih ternanti-nanti ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas abu dan cebisan tulang yang ditemui polis di kawasan kejadian itu selepas dimaklumkan keputusan ujian itu boleh diperoleh dalam tempoh dua minggu saja.
“Sampel DNA ibu, Yatmah Abdul Rahman, 80, sudah diambil pada 15 September lalu dan kami dimaklumkan, keputusan dalam tempoh dua minggu selepas itu.
“Bagaimanapun, dua minggu menjadi kepada empat minggu dan tambah kepada dua minggu lagi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan