25/09/2010 2:56pm
GEORGE TOWN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
"Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)...kita akan
selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
rumah terbuka Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini.
Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik
suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.
Sosilawati, 47, pemandu Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad
Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan