Oleh Muhamad Fairoz Azizan
2010/09/30
Isteri ahli perniagaan India dakwa terima ugutan daripada adik ipar sendiriBANTING: Seorang lelaki dan wanita dipercayai pekerja firma guaman milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, sekali lagi dilihat memasuki premis itu semalam, dengan ditemani dua anggota polis.
Kedua-dua mereka memasuki premis di Jalan Kemboja Off Jalan Sultan Alam Shah, kira-kira jam 11.15 pagi dan dilihat keluar dari premis yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat itu kira-kira 15 minit kemudian, dengan membawa satu kotak berisi fail berwarna coklat.
Mereka dilihat meninggalkan premis terbabit dengan menaiki dua kereta Proton Waja dan Proton Wira untuk ke lokasi yang tidak diketahui.
Sementara itu, isteri ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan dan dua adik lelaki itu, dilihat memasuki IPD Kuala Langat pagi dan tengah hari semalam.
S Usharani, 24, hadir di IPD Kuala Langat kira-kira jam 9 pagi semalam, untuk menyambung semula keterangannya bagi membantu siasatan pembunuhan suaminya, manakala Dr A Kasi Viswanathan, 32, dan Vijay Subramaniam, tiba di situ kira-kira jam 12 tengah hari.
Usharani yang bertemu dengan pemberita yang menunggu di luar IPD Kuala Langat, selepas memberi keterangan semalam, berkata surat yang diberikan polis minggu lalu kepadanya untuk meminta ahli keluarga suaminya datang ke negara ini untuk menjalani ujian DNA, tidak diserahkan kepada keluarga mangsa.
Katanya, ini kerana dia tidak berhubungan dengan keluarga suaminya sejak enam bulan lalu dan surat itu juga sudah dipulangkan semula kepada polis.
"Saya yang membuat laporan polis berhubung kehilangan suami, kenapa saya perlu menyerahkan surat itu dan meminta mereka datang," katanya.
Terdahulu, Usharani menyambung keterangannya kepada seorang pegawai tinggi polis dari Bukit Aman di IPD Kuala Langat di sini, selama kira-kira lapan jam sejak jam 9 pagi semalam.
Beliau mendakwa ugutan diterimanya minggu lalu adalah daripada adik iparnya sendiri kerana wanita itu dikatakan memperbesarkan kes berkenaan.
Usharani kemudian meninggalkan IPD Kuala Langat pada jam 5.15 petang dengan menaiki kereta Proton Waja.
Beliau yang dijangka pulang ke India Jumaat ini, akan datang semula ke IPD Kuala Langat hari ini untuk menyambung keterangannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan