KUALA LUMPUR: Polis semalam membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam fFacebook, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor, pagi semalam. Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, tengah hari semalam.
Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan