Rabu, 13 Oktober 2010

Jabatan Kimia perlu masa siap siasatan

2010/10/12

PETALING JAYA: Jabatan Kimia memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya berikutan proses menganalisis bahan bukti ditemui sangat sukar berbanding kes sebelum ini. 

Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan, berkata siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada polis dari semasa ke semasa.



“Saya tidak boleh beri sebarang keputusan berhubung siasatan ini dan sebarang perkembangan atau penemuan baru berhubung siasatan akan dimaklumkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis persaraannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia di sini, semalam. 

Hithaya juga menegaskan tiada keperluan untuk menghantar bahan bukti itu ke luar negara untuk dianalisa kerana semua analisa dilakukan di Jabatan Kimia mengikut standard antarabangsa. 

“Susah saya nak jangka bila siasatan ini boleh siap. Bukan sebab kita kekurangan pakar tetapi kes ini amat sukar berbanding kes-kes sebelum ini,” katanya. 

Hithaya berkata, tidak timbul soal kekurangan tenaga pakar yang menyebabkan siasatan kes itu agak lama kerana pihaknya memiliki ramai tenaga profesional dan saintis yang terlatih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan