Datuk Sosilawati Lawiya yg juga ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Nouvelle Vissage, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, dilapor hilang pada 30 Ogos lalu. Mereka kemudiannya dilaporkan telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Ahad, 19 September 2010
Nash Enggan Ulas Kehilangan Sosilawati
"SAYA sudah tiada kena-mengena dengan dia (Datuk Sosilawati Lawiya) lagi," kata penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) ketika dihubungi MStar Online sama ada dia mengetahui perkembangan bekas isterinya yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages dikatakan hilang bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.
Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari.
Namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini.
Media melaporkan kali terakhir Sooselawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dua hari sebelum itu, Soosilawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap Nash.
Ditanya sama ada pihak polis telah memanggilnya untuk membantu dalam siasatan, Nash berkata, ia tidak relevan kerana dia sudah tidak kena mengena dengan wanita tersebut.
"Tidak ada," katanya secara ringkas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan