Datuk Sosilawati Lawiya yg juga ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Nouvelle Vissage, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, dilapor hilang pada 30 Ogos lalu. Mereka kemudiannya dilaporkan telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Ahad, 19 September 2010
Kereta sosilawati dah jumpa
Siasatan kes hilang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan baru apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.
Kereta BMW milik Sosilawati, 47, dijumpai di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.
Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.
Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.
Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.
Anak - anak Sosilawati Sedih
Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.
Anak -anak Sosilawati yg lain ialah Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24; Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan