Ahad, 19 September 2010

Petikan Metro

BANTING: Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit seluas 1.6 hektar itu, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

...............

Pada sidang akhbar itu, Mohd Bakri juga mengesahkan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaandan polis Kuala Lumpur menyiasat kes itu kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur. 

..............

Dalam sidang media itu, Mohd Bakri berkata, suspek juga membuat pengakuan bahawa mereka terbabit dalam beberapa kejadian sama.

"Mereka mengaku ada menggunakan modus operandi yang sama dan kami kini menyiasat sekurang-kurangnya kehilangan empat orang yang dilaporkan sejak
setahun yang lalu," jelasnya.

...............

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat 'Datuk' itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram.

"Kita ada mendapat beberapa maklumat bahawa beliau memiliki beberapa hartanah secara tidah sah dan kita mahu menyiasat perkara itu," tegas beliau.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan