Datuk Sosilawati Lawiya yg jugak ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Novelle Vissage hilang bersama 3 individu lagi, berita mengejutkan ini dalam Buletin Utama Tv3 td, dan kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang.
Datuk Sosilawati bekas isteri pennyanyi Nash ni keluar untuk urusan perniagaan selama 3 hari tapi belum pulang sejak 30hb Ogos lalu dan sekarang dah seminggu belum mendapat apa -apa berita. Individu yang hilang bersama Datuk Sosilawati ialah peguam, pegawai bank dan pemandunya.
Mereka dikatakan pergi ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan bagi membincangkan projek baru dan lebih misteri sejak 30hb Ogos itu mereka tak ditemui hingga hari ini.
Polis pun belum menerima sebarang maklumat tentang tuntutan wang tebusan atau ugutan yang diterima dari pihak keluarga Datuk Sosilawati.
Memang mengejutkan berita tentang kehilangan ahli perniagaan ni ..bukan dia seorang saja yang hilang tapi ada 3 lagi yg hilang bersama dia. Adakah kes culik? Misteri misteri...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan