Ahad, 19 September 2010

Belum ada perkembangan terbaru kes kehilangan Sosilawati

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Sabtu Osman berkata, masih belum ada perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

"Polis sedang giat menjalankan siasatan dengan mengambil beberapa keterangan dari keluarga dan rakan-rakannya.

"Siasatan ini juga merangkumi pemeriksaan terhadap dua buah kereta yang ditemui semalam termasuk cap jari yang terdapat pada kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Semalam, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Sosilawati, 44, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan